" Janganlah berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan, tetapi sekali berjanji berusahalah bersungguh-sungguh menepatinya"

Selasa, 8 Mei 2012

Latihan pemahaman

Latihan

Baca teks di bawah dan jawab soalan yang diberikan.


Sambutan Hari Kemerdekaan Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, tepat pada detik 12.00 tengah malam 1957, berlakulah penurunan bendera Union Jack. Setelah penurunan itu, bermulalah sebuah negara baharu yang berdaulat. 
            Hari Kebangsaan yang ke-50 telah disambut dalam suasana meriah dan berwarna-warni. Pelbagai lapisan masyarakat termasuk murid-murid sekolah akan mengambil bahagian bagi menjayakan acara-acara yang dianjurkan.                     
           Hari Kebangsaan disambut secara gilang-gemilang terutama di Kuala Lumpur. Negeri-negeri di Malaysia diminta mengadakan sambutan kemerdekaan ke-50 ini sepanjang tahun 2007. Sambutan ini juga diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.             
           Ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 bermakna negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu. Dalam tempoh setengah abad itu, negara mengalami berbagai-bagai perubahan dan kemajuan yang telah memartabatkan Malaysia pada mata dunia.


Pilih jawapan yang tepat berdasarkan petikan 

 1         Siapakah yang akan menjayakan perayaan Hari Kebangsaan?
A      Murid-murid sekolah
B     Segolongan masyarakat
C     Pegawai-pegawai kerajaan
D     Pelbagai lapisan masyarakat

 2         Apakah kesan sambutan itu kepada masyarakat?

A      Rakyat Malaysia terus bergembira
B      Masyarakat jaya dapat dibentuk
C      Menyemai semangat patriotisme yang tinggi
D      Rakyat Malaysia yang lupa

3          Setengah abad sama dengan

A      lima tahun
B      lima puluh tahun
C      lima ratus tahun
D      lima ribu tahun

4          Antara pencapaian oleh negara kita adalah seperti yang berikut
            kecuali

A      negara kita semakin maju
B      mengalami perubahan yang baik
C      kehidupan rakyat bertambah susah
D      kehidupan rakyat bertambah senang

5          Pada pendapat kamu, bagaimanakah masyarakat yang berada di rumah
            dapat menyaksikan perayaan Hari Kebangsaan?

A      Menonton siaran langsung televisyen
B      Melalui jendela rumah mereka
C      Mendengar siaran radio
                D      Membaca surat khabar 


             

Tiada ulasan:

Catat Ulasan