TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN
Topik : Pilih ayat yang betul.
BAF + Teknik Potong
·
B : 1. Baca soalan dengan tenang
dan teliti, tanpa
meninggalkan sebarang perkataan.
2. Baca
soalan kali kedua.
·
A : 1. Analisis Soalan.
2. Gunakan tanda kotak atau
garisan pada kata kunci
dalam soalan.
3. Potong jawapan yang jelas
kesalahannya. Peratus memilih
jawapan yang tepat lebih tinggi.
4. Potong
perkataan yang salah
penggunaannya dalam
ayat.
·
F : 1. Fahamkan Soalan.
2. Pilih jawapan yang tepat,
bersesuaian dengan
gambar
yang diberi (jika ada).
3. Jawapan yang tepat akan
menghasilkan ayat
yang
gramatis.
4. Menghitamkannya pada kertas
jawapan.
Kesalahan
tatabahasa.
Pilih ayat
yang betul
Contoh
A Ramai
murid-murid sekolah itu
datang
lewat kerana hari hujan.
B Keadaan
pasaraya itu di waktu petang
agak lengang.
C Sebatang
tali air telah dibina di kawasan
sawah padi itu. √
D Setengah penduduk di kawasan itu
telah
berpindah kerana banjir.
1. A Hanya
mereka-mereka yang ingin berjaya
sahaja yang akan berusaha keras.
B Najib
didapati tidak bersalah di dalam
hal
ini.
C Berpuluh
pemandu kenderaan telah ditahan
dalam sekatan jalan raya itu.
D Pekerja-pekerja
itu sedang memperdalam
longkang yang tersumbat.
2. A Oleh
kerana terlalu penat, Encik Hamid
tertidur di ruang tamu rumahnya.
B Rumah
Nadia terletak kira-kira lima
kilometer daripada rumah datuknya.
C Sebahagian
daripada wang kutipan itu akan
didermakan kepada anak yatim.
D Sayur-sayur
di dalam bakul itu segar-segar
belaka.
3. A Para-para
jemputan itu sedang makan
di dalam dewan.
B Kek
yang dimasak oleh Mak Minah
sungguh enak rasanya.
C Siti
memperoleh markah yang paling
tertinggi dalam ujian itu.
D Ramai
kanak-kanak di taman asuhan
itu bijak berbahasa Inggeris.
4. A Berbagai
makanan dijual di pasar malam itu.
B Para
pekerja itu sedang memperindahkan
kawasan taman dengan pokok bunga.
C Mira
tidak terbuat akan latihan Matematik
yang banyak itu.
D Telefonlah
saya bila kamu sampai di Ipoh
nanti.
5. A Farid
berkaki ayam semasa bermain bola sepak
di padang.
B Kita
hendaklah saling bantu-membantu apabila
melakukan kerja.
C Setengah
perempuan suka bersalin di hospital
swasta.
D Pertandingan
nyanyian itu mendapat sambutan
hangat dari orang ramai.
1
D
2
C
3
B
4
C
5
A