" Janganlah berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan, tetapi sekali berjanji berusahalah bersungguh-sungguh menepatinya"

Rabu, 28 Mac 2012

Memperkasa Sistem Pendidikan Berterusan

          Mengambil kira tempoh khusus Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan negara ini akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu. Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
• Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
• Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan
• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
         Sistem pendidikan adalah sangat penting untuk memperkukuh daya saing negara dan untuk menrealisasikan hasrat membangunkan 1Malaysia yang terbilang. Pendidikan awal memainkan peranan amat penting dalam pembinaan minda kanak-kanak agar dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa akan datang. Tujuh tahun pertama merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu.Persekitaran di rumah dan di sekolah juga amat penting bagi menyubur minda. Peranan positif dan interaktif ibu bapa, pengasuh dan guru juga menjadi penyumbang kepada ketajaman minda anak-anak yang sedang membesar. Teknologi juga mempunyai pengaruh dalam arus secara berterusan masa kini.Sungguh pun begitu teknologi juga mempunyai kesan dan akibat jangka pendek dan jangka panjang jika penggunaannya dalam situasi pembelajaran tidak dikawalselia dengan sempurna.
           Hari ini ramai ibu bapa muda yang mungkin melakukan “kesilapan” kerana terlalu teruja dengan gajet-gajet teknologi yang didedahkan kepada anak-anak kecil seawal umur satu tahun.Pengunaan dan pendedahan yang terlalu awal mungkin memberi impak yang tidak diingini terhadap perkembangan minda dan juga fizikal kerana masa yang dihabiskan bersama gajet sepatutnya digunakan untuk bermain secara tradisonal yang pastinya memberi lebih banyak gerakan fizikal yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membesar.
           Dalam usaha memperkasa agenda belajar sepanjang hayat, peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu dan ianya bersifat berterusan atau kumulatif.Menyedari hakikat ini, kerajaan berusaha untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh berjaya.    
          Dalam usaha mempercepat dan memperkasa penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal serta infrastruktur tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti pendidik dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia yang berjaya dicapai dalam jangka waktu yang agak singkat di Korea Selatan dan Singapura; kerajaaan secara berterusan akan berusaha untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan dengan mengguna pakai empat strategi berikut:
 • Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya. Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran;
 • Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar. Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar;
 • Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah. Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar; dan
 • Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yang berterusan.
           Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) telah dilaksanakan. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500 di bandar mahupun yang menetap di luar bandar. Penambahan enrolmen dan kualiti pendidikan prasekolah juga mahu dipertingkatkan. Menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang dan umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+.
          Satu lagi penumpuan yang sedang dipraktikkan secara berterusan bagi menyahut cabaran modal insan kekal berkualiti adalah memastikan penguasaan literasi dan numerasi.Beratus juta ringgit diperuntukkan bagi Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang dilaksanakan bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran ini selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Penguasaan kedua-dua skop ini amatlah penting diperingkat awal alam persekolahan kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Keupayaan meningkatkan bidang ini juga dapat mengurangkan kadar keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran.Program LINUS juga memberi tumpuan kepada usaha menempatkan fasilitator bertauliah dan guru pemulihan terlatih di sekolah.Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru pemulihan telah pun dilatih.
          Untuk menjadi modal insan bertaraf dunia, penguasaan ilmu adalah keperluan terutama diarus limpahan teknologi maklumat masa kini.Untuk memudahkan seseorang itu menguasai ilmu, kemahiran berbahasa ternyata sangat penting. Menyedari hakikat ini juga kerajaan berusaha dengan gigih memartabat Bahasa Melayu dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris walaupun ada kalanya usaha itu dikritik hebat pelbagai pihak termasuk ibubapa sehingga menjadi polemik yang tidak berkesudahan dan ada juga yang menjadikannya modal berpolitik. Usaha terbaru adalah pelaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang secara khususnya bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris pula akan menggunakan kurikulum baru yang memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa dan seni bahasa.
          Rombakan demi rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan kini sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya. Program Pembangunan Prestasi Sekolah telah dilancarkan pada April 2010 yang bertujuan mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Akauntabiliti sekolah terhadap pelajar kini dinilai mengikut dua elemen berikut:
• Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah dimana setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi.
• Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah dimana instrumen yang digunapakai akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya.
          Bagi menyahut cabaran menjayakan kluster pendidikan berterusan dan merealisasikan pembangunan modal insan dengan jayanya, pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditangani.Ibu bapa, guru dan masyarakat secara umumnya perlu sentiasa berganding bahu bagi mengejar impian menjadikan setiap warga negara ini menjadi modal insan berwibawa. Majlis Profesor Negara telah menyenaraikan isu-isu berikut yang perlu diambil kira bagi memperkasa sistem pendidikan negara yang akhirnya dapat membentuk modal insan berkualiti sesuai dengan keperluan sektor pekerjaan:
 • Menambahbaik pendidikan dasar (Tahun 1 hingga Tahun 6) dengan memberi fokus kepada penguasaan baca, tulis dan kira serta kemahiran insaniah yang ditambah dengan penghayatan nilai murni dan adab.
 • Mewujudkan sekolah satu sesi dengan tumpuan kepada pembentukan murid-murid menjadi insan yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan hidup masyarakat dan kekayaan negara. • Pengubalan kurikulum hendaklah berterusan yang mempunyai kaitan antara satu tahap dengan tahap yang lain sepanjang tempoh pengajian sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, kolej dan universiti.
 • Pendidikan dasar (pengajian sekolah rendah) patut diberi perhatian yang lebih khusus dalam pembentukan generasi masa depan negara.
• Melatih dan membentuk kualiti guru yang berkelayakan tinggi dan pakar dalam membentuk murid pada sesuatu tahap persekolahan wajar diberi keutamaan terutama bagi pengaijian sekolah rendah.
• Tumpuan pendidikan bukan kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi lebih kepada membentuk murid dari aspek pengetahuan, kemahiran dan mempunyai sikap, nilai dan kemahiran sosial yang diperlukan. Penaksiran mestilah berasaskan sekolah.
• Imej pendidikan vokasional sangat wajar dipertingkat dengan memberi imbuhan tinggi kepada pekerja mahir dan penjenamaan wajar ditukar kepada pendidikan kerjaya/pendidikan pekerjaan atau nama lain yang difikirkan sesuai.
• Kemasukan ke universiti bukan lagi berasaskan kepada pencapaian akademik tetapi kepada bakat serta kecenderungan. Ini ditentukan melalui ujian kecenderungan ke universiti atau ujian kemasukan ke universiti.
• Kemahiran yang diajar mestilah sesuai dengan keperluan industri masa kini.
• Penglibatan industri dalam melatih bakal pekerja berkemahiran tinggi perlu dikuatkuasa melalui peraturan atau undang-undang.
          Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar.Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar.Oleh itu pendekatan yang sistematik perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada. Bagi menjamin kualiti guru yang bakal mengilap modal insan bertaraf dunia, Malaysia harus berani belajar dari Republik Korea dan Finland yang mana kelayakan untuk memohon program latihan perguruan hanya terhad kepada 10% dan 15% siswazah terbaik daripada setiap kohort. Syarat kemasukan yang ketat ini dapat membantu meningkatkan imej profesion keguruan sebagai profesion yang hanya menerima calon terbaik.Begitu juga keadaannya di Australia dan Singapura dimana bidang keguruan sentiasa menjadi pilihan utama siswazah. Kerana mutu kualiti guru yang tinggi saban tahun prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Singapura juga sentiasa mendapat perhatian dunia dalam model-model pendidikan masa kini.Begitu juga dengan kejayaan demi kejayaan yang dirangkul Sweden.Kejayaan-kejayaan ini sudah tentunya bertitik tolak dari dasar pendidikan yang dinamik dan diterajui oleh guru-guru berkualiti serta bersemangat tinggi.

Ahad, 25 Mac 2012

Latihan penulisan B

Cuba  lengkapkan soalan di atas dan bincang 
bersama guru untuk mengetahui jawapan yang betul.
Sambil menjawab boleh lah dengar lagu ini.





Jumaat, 23 Mac 2012

Latihan penulisan A

Bina lima ayat berdasarkan gambar. Gunakan perkataan yang diberi sebagai panduan.

menampal
menyapu
mengelap
memadam
menyusun



1. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

5.
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Selasa, 20 Mac 2012

Penjenamaan Semula Kurikulum dan Tuntutan Pengisiannya

Prof. Dr. Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China
[Terbit dalam Klik Web DBP www.dbp.gov.my]

             Sebagai susulan keputusan kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia, memansuhkan PPSMI atau Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bermula pada tahun 2012, telah dimasyhurkan proram MBMMBI, iaitu Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Meningkatkan Bahasa Inggeris.

             Sebagai persiapan untuk menghadapi tahun 2012, telah direncanakan pengubahsuaian kurikulum yang hasilnya dikenal sebagai KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ada orang yang mempersoalkan nama kurikulum itu kerana sebelumnya telah ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan untuk peringkat sekolah menengah ada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

              Dalam hubungannya dengan sikap menghargai dan menghormati keputusan berani dan rasional kerajaan dalam hal pemansuhan PPSMI, di tengah-tengah gelombang kontroversi yang bersejarah, termasuk berulangnya perarakan ala Keranda 152 pada tahun 1960-an, pada hemat saya tidak perlulah isu nama dipolemikkan.

             Saya lebih menilainya sebagai usaha penjenamaan semula kurikulum sistem pendidikan di negara kita yang mendukung hasrat untuk menghasilkan suatu bentuk transformasi budaya dan sosial. Dapat difahami bahawa apabila sesuatu proses transformasi atau reformasi akan dimulakan, salah satu langkah yang lazim dilakukan ialah mengetengahkan slogan yang diperkirakan dapat menggambarkan bentuk transformasi atau reformasi itu. Maka bagi saya, nama Kurikulum Standard Sekolah Rendah itu tidaklah lain daripada penjenamaan semula Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah, dengan pengubahsuaian dan peningkatan aspek-aspek tertentu.

                Dengan bersangka baik terhadap pengenalan kurikulum baru itu, tidaklah pula kita patut berpeluk tubuh tanpa berusaha menyemak kandungannya dan bagaimana pelaksanaannya berlangsung di sekolah. Kita patut memantau bahawa gagasan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu aspek KSSR itu benar-benar dilaksanakan dengan ikhlas dan sungguh-sungguh pada semua peringkat, baik pada penyediaan bahan ajar, proses pengajaran dan pemelajaran (P&P) dan pengujiannya.

                Penjenamaan semula kurikulum sekolah hendaklah disusuli dengan pengisian yang jelas dan terancang serta bersepadu sifatnya. Kita mengharapkan bahawa ciri kesepaduan kurikulum tidak diabaikan kerana matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan insan yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan. Selain cemerlang dalam bidang akademik, pelajar dituntut agar cemerlang dalam bidang akhlak, pemikiran, emosi, kreativiti dan sikapnya. Kesemua unsur itu menjadi inti pati sahsiah insan yang cemerlang.

               Pemansuhan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan pengubahsuaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang akan lebih berdasarkan penilaian menurut sekolah diharapkan benar-benar berasaskan dorongan untuk membentuk sahsiah pelajar yang lebih bersepadu dan tidak lebih cenderung pada kecemerlangan dalam peperiksaan formal semata-mata. Kesempatan perlu diambil oleh pendidik dan pentadbiran sekolah agar kurikulum yang bersepadu diterjemahkan dengan tepat dalam proses pengajaran dan pemelajaran di bilik darjah.

               Khusus tentang aspek bahasa pula, kesempatan pelaksanaan KSSR (dan kemudian KSSM pastinya) perlu diambil untuk membudayakan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan sebaik-baik dan seluas-luasnya. Pembudayaan bahasa mestilah dijuruskan kepada dua strategi penting. Yang pertama ialah pembudayaan bahasa Melayu untuk mengisi tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Yang kedua pula ialah pembudayaannya daripada segi peningkatan mutunya.

              Pembudayaan bahasa Melayu daripada segi tarafnya perlu menjadi asas kesedaran pentadbir dan pendidik di sekolah untuk merancang dan menetapkan peluasan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dalam kalangan murid sesama murid dan antara murid dengan guru serta warga sekolah yang lain. Tidak sewajarnya timbul isu adanya sekolah yang mengedarkan surat kepada ibu bapa, contohnya, yang menggunakan bahasa asing kerana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

             Segala kegiatan di sekolah seharusnya dapat dinilai penggunaan bahasa perantaraannya, agar tidak mengurangkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi meskipun dalam keadaan tertentu memang ada keperluan menggunakan bahasa lain. Pastilah pembudayaan taraf bahasa Melayu dalam sekitaran sekolah memerlukan iltizam seluruh warga sekolah itu sendiri, terutama pihak pentadbiran sekolah.

             Cabaran yang lebih mendasar ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, agar semua guru, tidak kira mata pelajaran apa yang diajarkannya, benar-benar dapat membudayakan bahasa yang memenuhi ciri laras bahasa ilmu, walaupun yang saya maksudkan bukan bahasa ilmiah seperti di pusat pengajian tinggi. Gagasan bahasa Melayu merentas kurikulum (BMMK) sewajarnya ditegaskan semula pelaksanaannya agar penguasaan bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa ilmu, tidak diperoleh oleh murid hanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi dalam semua mata pelajaran.

               Dalam hal pembudayaan mutu bahasa Melayu pula, KSSR hendaklah direncanakan pengisiannya agar dapat menjadi bahasa yang tidak simpang-perenang penggunaannya dalam kalangan murid. Selain aspek mekanik bahasa yang meliputi tatabahasa, sistem ejaan dan sebutan, peningkatan pembudayaan dalam penggunaan bahasa yang memanfaatkan aspek dinamik bahasa amat perlu ditekankan. Penguasaan bahasa kiasan dan gaya bahasa yang beragam hendaklah dipentingkan supaya dari awal lagi murid lazim menggunakan bahasa yang ada nilai estetik dan retoriknya.

               Sementara itu, program meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang dikatakan menjadi punca kerjaaan pada tahun 2002 memutuskan pelaksanaan PPSMI hendaklah benar-benar diberi pengisian yang terancang. Dengan demikian, diharapkan tidak timbul keluhan atau kekecewaan mana-mana pihak dalam hal penguasaan bahasa Inggeris lepasan sekolah.

Penulisan B
                              Cikgu Yang Saya Sayangi

                  Setiap orang murid mempunyai seorang guru yang sangat di sayanginya. Begitu juga dengan diri saya.
                  Guru yang paling saya sayangi ialah Cikgu Susila Binti Omar. Cikgu Susila mengajar saya mata pelajaran matematik. Cikgu Susila seorang yang sangat baik. Dia mengajar kami dengan bersungguh-sungguh.
                  Jika kami ada masalah, Cikgu Susila akan cuba menolong menyelesaikan masalah kami. Beliau juga seorang guru yang penyabar serta bersopan-santun. Jika kami tidak menyiapkan latihan, Cikgu Susila hanya memberi nasihat.
                  Setiap hari, Cikgu Susila akan memberi banyak latihan kepada kami. Beliau berbuat demikian untuk memastikan kami semua mahir dalam mata pelajaran matematik.
                  Saya berharap suatu hari nanti saya akan menjadi seorang guru seperti Cikgu Susila.


*** Contoh karangan mengenai guru kesayangan. 3P SKPR siapa guru kesayangan kamu?. Cuba siapkan karangan mengenai guru itu dengan berpandukan karangan di atas.

Isnin, 19 Mac 2012



PENULISAN BAHAGIAN C
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Gunakan rangkai kata  yang diberikan.


Sabrina dan Fatin berjalan pulang dari sekolah. Tibadi simpang jalan, mereka ternampak akan seorang
 tua duduk di tepi jalan. Nafasnya tercungap-cungap.
Tiba-tiba, orang tua itu rebah.Sabrina dan Fatin
bergegas ke arah orang tua itu.
Fatin membantu orang tua itu sementara Sabrina
menahan sebuah kereta. Pemandu kereta itu membawa
orang tua itu ke hospital. Sabrina dan Fatin turut pergi
 ke hospital.
Orang tua itu dirawat di wad kecemasan. Setelah
sedar, dia meminta Sabrina dan Fatin menelefon anaknya.
Tidak lama kemudian, anak orang tua itu datang. Dia
mengucapkan terima kasih kepada pemandu kereta.
Sabrina, dan Fatin kerana menolong ayahnya.
 


mengucapkan terima kasih

menghulurkan bantuan
menemaninya di hospital

mengambil berat
membawa orang orang yang kemalangan


            Antara nilai yang diperoleh daripada petikan ialah kita mestilah bersikap prihatin dengan _______________________________ kepada mereka yang kesusahan. Selain itu, kita wajarlah ________________________________________ terhadap keperluan orang tua-tua. Seterusnya, kita mestilah bertanggungjawab dengan _________________________________________________ ke hospital. Kita haruslah bersimpati terhadap orang sakit dengan_____________________________. Akhirnya, kita hendakklah bersikap mengenang budi dengan _______________________________ atas bantuan yang diberikan.


***Cuba juga menjawab dengan format yang lain dan ambil nilai yang telah diberi sebagai panduan. Selamat mencuba. Murid tahun tiga SKPR boleh jumpa saya jika kurang jelas.
Cerpen
               IBU KAU SUMBER INSPIRASIKU (Nukilan : Siti Nurkhairiah Kamarudin)
            Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita yang tercapai membuahkan hasil yang boleh dinikmati sepanjang zaman.
           Cita-citaku ingin menjadi murid cemerlang. Kata ibu, murid cemerlang, generasi gemilang. Ibu bercakap melalui pengalamannya. Ibu telah membuktikan bahawa beliau telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di sekolahnya. aku berbangga menjadi anak ibu. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
        "Saya bukan murid cemerlang, ibu. Saya belajar dalam Kelas Enam Kenanga. Murid cemerlang dalam Kelas Seroja 1 dan Enam Seroja 2," Kataku berterus terang.
        "Ukuran kecemerlangan tidak tertakluk kepada kelas mana kamu belajar, tetapi petunjuk prestasi akademik dan sahsiah diri yang mantap," kata ibu membakar semangatku.
        "Dulu, ibu belajar dalam kelas B, bukannya kelas A. Lantaran itu, ibu gandakan usaha. Ibu belajae bersungguh-sungguh. Ibu rajin bertanya dan membuat latihan yang cikgu suruh. Ibu lebihkan masa belajar dan kurangkan masa bermain. Ibu tidak sukan menonton televisyen. Jangan berangan-angan seperti Mat Jenin," nasihat ibu lagi.
         Aku rasa tersindir mendengar kata-kata ibuku. Siapa makan cili pasti terasa pedasnya. Aku yakin ibu tidak selesa melihat aku menghabiskan masa di hadapan televisyen. "Ibuku menjadi role model penduduk kampungnya. Kenapa tidak aku mewarisi kecemerlangan ibu? Sepatutnya anak ibu ini menjadi murid cemerlang". Itulah perkara yang kufikirkan.
          "Dulu ibu belajar dalam serba kekurangan. Kini, kamu belajar dalam kemewahan. Sepatutnya kamu lebih cemerlang daripada ibu," kata ibu tatkala melihat rekod prestasi akademikku yang statik.
          Kini, aku akui bahawa prestasiku tidak berubah kerana sikapku belum berubah. Lantaran itu, aku mesti berubah. Aku mesti melakukan anjakan paradigma. Aku mesti cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Aku yakin dan pasti boleh

Ahad, 18 Mac 2012

Cerpen 
                     Zara, Murid yang Cemerlang  (Nukilan adik Nur Hana Nabila Haji Azizulkhir)
              Zara murid yang miskin. ibu bapanya mengambil upah menoreh getah dan memotong kayu. Zara mempunyai adik-beradik yang ramai. Kehidupan keluarga Zara bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walau bagaimanapun, Zara dan keluarganya tetap tabah dan sabar menghadapi dugaan.
             Dengan kesusahan yang dialaminya, Zara berazam untuk mengubah kehidupan keluarganya. Dia belajar bersungguh-sungguh dan banyak membuat latihan di rumah. Zara ingin membantu ibu bapa dan adik-beradik yang disayanginya. Zara tekun berusaha dan akhirnya dia berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dia telah mendapat biasiswa daripada pihak kerajaan. Separuh wang biasiswa yang diperoleh diserahkan kepada keluarganya.
             Beberapa tahun berlalu, akhirnya Zara mendapat segulung ijazah. Dia bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan yang sangat lumayan. Dia membantu ibu bapa dan adik-beradiknya yang masih bersekolah.
             Zara membuka pusat tusyen di kampungnya. Dia telah menyediakan beberapa orang tenaga pengajar secara percuma. Selain itu, Zara juga telah mengadakan kelas bimbingan untuk membantu anak-anak penduduk kampung dan adik-adiknya yang akan mengambil peperiksaan. Dia juga telah menyediakan khidmat kaunseling kepada mereka yang bermasalah dalam pelajaran. Disamping itu, Zara juga tidak lupa membantu anak-anak penduduk kampung yang menghadapi masalah kewangan.
              Zara telah berjaya menaikkan taraf pendidikan anak-anak penduduk kampungnya. Dia juga telah berjaya mengubah taraf kehidupan mereka.
              Zara telah menjadi contoh dan kebanggaan masyarakat kampungnya. Ibu bapa Zara sangat bangga. Zara bersyukur kepada Tuhan kerana segala usahanya telah berjaya.
              Zara mendapat anugerah "Tokoh Pencapaian Gemilang" kerana telah membantu keluarga, masyarakat dan genarasi kampungnya dengan berjaya. Zara boleh dikatakan seorang pelajar cemerlang dan akan menjadi generasi yang gemilang.

Sabtu, 17 Mac 2012

Penulisan C

Tip untuk penulisan C.
Gunakan perkataan di bawah ketika membuat ulasan
1. Kita hendaklah ... 2. Kita wajarlah ...3. Kita haruslah ...4. Kita patutlah ...5. Kita mestilah ...
6. Seterusnya ...       7. Selain itu ...       8. Akhirnya ....     9. Disamping itu ...
Perkataan - perkataan ini boleh digunakan di permulaan ayat untuk ulasan yang akan dibentuk. Pilih lima perkataan di atas mengikut kesesuaian ulasan.

Contoh penulisan C
Tulis lima nilai murni/pengajaran berdasarkan petikan yang diberi. Panjang karangan kamu tidak lebih 50 patah perkataan.
                     Jam berbunyi tepat pukul 6.00 pagi. Amin segera bangun. Dia mengemas katilnya. Kemudian dia ke bilik mandi.
                     Dia mandi serta menggosok gigi. Selepas itu dia memakai uniform sekolahnya. Setiap hari Amin akan memastikan dia akan memakai bajunya dengan kemas. Selepas itu dia menyikat rambutnya. Rambut Amin sentiasa pendek kerana dia seorang murid yang menjaga disiplin.
                     Setelah semuanya selesai, Amin pergi ke dapur dan makan sarapan pagi. Dia makan sekeping roti dan minum segelas susu. Dia makan sedikit sebagai alas perutnya. Kemudian dia bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum berjalan kaki ke sekolah.

Contoh jawapan:
                      Nilai pertama, kita hendaklah menepati waktu. Seterusnya kita perlulah berdikari  contohnya mengemas katil. Selain itu, kita patutlah sentiasa menjaga kebersihan diri dengan mandi serta gosok gigi. Di samping itu, kita haruslah mengikut peraturan sekolah dengan berambut pendek dan berpakaian kemas. Akhirnya, kita wajar menghormati kedua ibu bapa kita.

*** Perkataan bergaris boleh ditukar dengan bilangan nombor. Kedua, ketiga dan seterusnya.


Khamis, 15 Mac 2012


Contoh karangan B

                          

                                              Sekolah Saya
                             
                              Setiap murid mempunyai sebuah sekolah tempatnya belajar. Begitulah juga dengan diri         saya.

                             Sekolah tempat saya belajar bernama Sekolah Kebangsaan Permatang Raja, Pantai Remis, Perak darul Ridzuan. Sekolah saya terletak di kampung Permatang Raja berdekatan dengan Bandar Pantai Remis. Sekolah saya besar dan cantik.

                             Sekolah saya telah dibina pada tahun 2000. Sekolah saya mempunyai murid seramai 326 orang. Murid-murid sekolah saya terdiri daripada murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan.

                             Guru Besar sekolah saya bernama En Noor Azman b Mohd Noor. Beliau seorang guru besar yang baik dan penyayang.

                             Sekolah saya sangat ceria dan indah. Ini disebabkan di sekeliling sekolah saya ditanam pokok yang rendang. Berhampiran tangga ke pejabat sekolah saya terdapat sebuah kolam ikan. Pelbagai jenis ikan dipelihara di dalam kolam ini.

Rabu, 14 Mac 2012

BAHASA MELAYU TAHUN TIGA
Penulisan Bahagian A
Nyatakan aktiviti yang terdapat dalam gambar dengan membulatkannya. Bina ayat lengkap berdasarkan aktiviti itu dengan menggunakan kata kerja.
1.    membaca      2.   menyuap        3.   bermain          4.  menonton      5.  bercakap

Kilau cahaya rembulan malam menerangi jalanan. Suara anak-anak Amalia sedang membaca Yasin bersama. Sepasang suami istri hadir ke Rumah Amalia berdoa bersama untuk putri yang dikasihi yang telah berpulang agar Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkenan menerima disisiNya yang terindah. Selesai membaca Yasin kami duduk berbincang. Sang Ibu mengeluarkan buku gambar. Menunjukkan sebuah gambar pada kami. Ada gambar seorang ayah, kakak, mamah yang saling berpegangan tangan. Disampingnya ada bidadari kecil yang sedang tersenyum. Tertulis, ayah, mamah, kakak dan bidadari kecil 'aku.' dan ada tulisan 'Allah.' Tangisan Ibu tertahan ketika melihatnya. Mungkin sikecil sudah menyadari bahwa dirinya akan meninggalkan mereka semua. Ibu itu menutup bukunya dan air matanya semakin tak terbendung. Mengalir begitu saja seolah hatinya perih terbayang putrinya yang cantik belum mampu untuk dilupakannya. 'Aku belum sanggup untuk melupakannya Mas,' ucap sang Ibu pada suaminya.

'Tidak Mah, bukan hanya mamahnya yang salah, aku juga salah mah. Sepatutnya kita mengakui menebus kesalahan kita agar senantiasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk selalu menjaga amanahNya. Tugas kita sebagai orang tua belum selesai, masih ada kakak yang sangat memerlukan kasih sayang kita.' ucap suaminya. Ibu tersenyum bahagia, ucapan suaminya mampu memberikan kedamaian dihatinya. Tak lupa saya mempersilahkan pada mereka menikmati secangkir teh manis. Senyum indah itu menghangatkan suasana. Anak-anak Amalia terdengar suara riuh menikmati roti lezat. Diluar hujan turun menyejukkan jiwa menyembuhkan luka dihati dengan keikhlasan kehadirat Ilahi Robbi. Subhanallah.

Isnin, 12 Mac 2012


KEPIMPINAN YANG MENDIDIK

Seorang ketua negara adalah pemimpin rakyatnya. Seorang majikan adalah pemimpin Pekerjanya. Seorang ketua kampung adalah pemimpin penduduk kampungnya. Seorang ayah adalah pemimpin keluarganya. Seorang individu adalah pemimpin dirinya sendiri. Tidak kurang hebatnya tanggungjawab memimpin bagi setiap individu. Memimpin adalah perlu bagi meletakan jagaan kepimpinan samada diri sendiri atau ahli organisasi di jalan menuju kepada objektif yang ditetapkan.
Dalam pada mengatur langkah tersebut, diri kita atau organisasi dipersiapkan bagi memastikan kita dalam keadaan sedia dan sesuai setibanya ke destinasi objektif. Oleh kerana itu, seharusnya kita mendidik dalam memimpin. Jika pemimpin hanya mementingkan objektif tetapi tidak mempersiapkan pimpinannya, maka, objektif mungkin tercapai tetapi keadaan lebih rumit ketika itu dengan masalah-masalah lain hasil dari pencapaian objektif akan timbul.
Semudah-mudah kepimpinan adalah dengan mendidik. Apatah lagi jika tugas utama organisasi adalah pendidikan seperti institusi pendidikan dan institusi keluarga. Kepimpinan yang kita sering kali amati adalah kepimpinan yang tidak mendidik dan hasilnya adalah organisasi yang hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata dan berhadapan dengan risiko pengekalan momentum jualan, nilai-nilai korporat dan integriti. Seluruh dunia sering kali menjadikan tokoh-tokoh kepimpinan yang berjaya sebagai role-model kepimpinan mereka. Tetapi, sayangnya, tidak semua tokoh ini berjaya mendidik.
Mendiang Steve Jobs menjadi role-model innovasi kerana kepimpinan transformational yang diiringi dengan didikan yang menyuntik fahaman bahawa innovasi bukan suatu perkara uyang mustahil, malah sesuatu yang baru dapat dicipta untuk kegunaan umum dari perkara yang kita belum pernah lakukan. Apple cuba keluar dari kebiasaan yang kita lakukan lalu menghasilkan produk-produk berinovasi tinggi.
Contoh-contoh teladan kepimpinan yang mendidik telah lama wujud dan banyak. Setiap para Rasul Allah memberikan teladan yang baik dalam konteks ini. Mereka menjadi pemimpin kepada umat dan diri mereka sendiri dengan sikap serta sifat terpuji bagi menjadi contoh lalu mendidik diri sendiri dan umat mereka. Nabi dan para Rasul adalah contoh kepimpinan sepanjang zaman. Namun begitu, jarang sekali kita memandang kisah-kisah para Nabi dan Rasul dalam konteks kepimpinan. Insya-Allah, notafikir.com akan cuba membincangkan konteks kepimpinan para Nabi dan Rasul untuk kita contohi serta mula memimpin dengan mendidik. Inilah isi pati kepimpinan melalui teladan yang lebih mudah diintepretasi dengan istilah kepimpinan yang mendidik.
Masa depan negara bukan terletak pada kepimpinan semata-mata tetapi juga tertakluk kepada nilai dari kepimpinan yang ditonjolkan. Kejayaan para tokoh Islam seperti Salehuddin Al-Ayubi menonjol akhlak yang terpuji dan mendidik pasukannya dengan ilmu agama yang baik supaya memiliki akhlak yang indah meskipun berhadapan dengan kawan mahupun lawan.

Latihan Penjodoh Bilangan

Isikan jawapan kamu dan semak jawapan pada 
butang yang disediakan.


Terdapat se  tebu di halaman kami. 
Bapa menebang se tebu.
Abang sedang mengunyah se  tebu. 
Kakak memegang se  bunga
 di tangan kanannya. 
Dia hampir siap menggubah se  bunga. 
Adik memegang se bunga. 
Se  bunga terjatuh di atas meja.

Pilih jawapan anda daripada senarai penjodoh bilangan di bawah:
                      
batang, jambak, jambangan,kuntum, ruas, rumpun,tangkai

Isu Gaji Kakitangan awam



Oleh ROHAMI SHAFIE

ALHAMDULLILLAH, syukur ke hadrat Allah SWT isu mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dapat ditangani dengan baik dan berhemah. Biarpun masih ada segelintir yang tidak berpuas hati, namun, suara majoriti kakitangan awam berjaya mengatasi tindakan tergesa-gesa yang dilakukan oleh segelintir golongan yang menguasai perkhidmatan awam.

Sebarang tindakan yang dilakukan dengan tergesa-gesa, nescaya kesannya tidak meyakinkan sesiapa sahaja, bahkan memburukkan lagi keadaan.

Sektor awam adalah jentera yang amat penting di Malaysia, nasib para pekerjanya perlu dibela dan dijaga. Tindakan yang menyebabkan mereka berasa tidak puas hati bukan sahaja boleh memudaratkan kerja-kerja mereka sebagai individu tetapi juga memberi implikasi negatif terhadap ekonomi negara.

Jangan sesekali memandang remeh suara-suara mereka. Gunalah kuasa yang diamanahkan oleh Allah SWT sebaik-baik mungkin dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Tahniah kepada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) yang berjuang habis-habisan membela nasib majoriti para pekerja sektor awam terutamanya golongan bawahan. Cadangan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam perlu disegerakan dan ahli-ahlinya mestilah mewakili keseluruhan para pekerja di sektor awam dan bukannya dikuasai oleh segelintir golongan yang tidak memahami kedudukan para pekerja bawahan.

Jangan diulang lagi kesilapan yang dilakukan di bawah SBPA kerana ia menjejaskan reputasi dan imej kerajaan itu sendiri.

Bagi pelarasan gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), tambahan peruntukan adalah sebanyak RM6 bilion. Bayangkan betapa besarnya peruntukan bagi membiayai pelarasan gaji sekiranya SBPA dilaksanakan sepenuhnya berbanding di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Tidak mustahil, tidak sampai lima tahun, Malaysia di ambang kemuflisan kerana terpaksa berhutang menggunakan dana luar melalui penerbitan bon kerajaan. Wang yang dikutip melalui cukai pastinya tidak mencukupi kerana wang tersebut juga digunakan untuk sektor-sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan.

Tindakan memansuhkan SBPA dengan menggantikan SSM yang ditambah baik adalah tindakan yang mengambil kira kedudukan kewangan negara.

Pelarasan gaji kakitangan awam boleh memacu ekonomi domestik negara dengan peningkatan perbelanjaan pengguna. Limpahan ini bukan setakat untuk kakitangan awam tetapi untuk para peniaga yang sentiasa mendambakan peningkatan hasil jualan. Sekali gus ia boleh merancakkan keseluruhan ekonomi negara ketika dunia bergelut dengan krisis ekonomi.

Ia umpama pakej rangsangan yang menjadi penampan buat seketika bagi mengurangkan kesan krisis ekonomi terhadap negara kita. Namun demikian, apa yang dikhuatiri adalah kesan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Perkara ini acap kali berlaku dan pihak yang berkenaan perlulah bertindak dengan segera agar kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak berlaku.

Satu perkara yang cukup menarik adalah Bank Negara Malaysia (BNM), minggu lalu telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus. Ini membayangkan kadar inflasi dijangka stabil dalam tempoh terdekat ini. Dengan pengumuman pelarasan gaji kakitangan sektor awam, inflasi akan meningkat jika pihak berkenaan tidak berusaha mengambil tindakan segera terhadap para peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Ketika itu, BNM berkemungkinan membuat keputusan untuk menaikkan OPR. Kenaikan OPR boleh mengurangkan jumlah pinjaman seterusnya boleh mengurangkan perbelanjaan pengguna.

Secara tidak langsung, boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi negara yang mana pada masa akan datang banyak bergantung pada ekonomi domestik berbanding pelaburan langsung asing (FDI).

Justeru, ekosistem ekonomi negara yang baik diperlukan bagi memakmurkan negara merangkumi semua pihak terutama pihak berkuasa dan penguat kuasa yang diamanahkan untuk "menjaga" ekonomi negara.

Di samping itu, pengumuman SSM memberi sedikit kelegaan buat para pekerja sektor awam yang bakal menikmati kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA).

Kenaikan ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban kos sara hidup yang semakin tinggi yang dirasai oleh para pekerja sektor awam.

Kesan kenaikan kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja dirasai oleh mereka yang bekerja di bandar-bandar besar tetapi juga mereka yang bekerja dan menetap di pedalaman.

Gaji dan COLA telah dinaikkan, bagaimana pula dengan produktiviti para pekerja sektor awam? Mahu tak mahu, para pekerja sektor awam perlu meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan mereka.

Produktiviti sektor awam sekurang-kurangnya perlu ditingkatkan pada paras kenaikan gaji dan COLA. Jika ia berada di bawah kenaikan gaji dan COLA, ia boleh menjejaskan ekonomi negara. Produktiviti adalah antara enjin utama pertumbuhan ekonomi mana-mana negara di dunia.

Produktiviti melebihi kadar upah membawa implikasi positif kepada negara. Justeru, dalam keadaan sebegini, tidak menjadi satu masalah untuk kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam pada masa akan datang.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan dan Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan, Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

PERINGATAN DIRI


" Wahai orang2 yg beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNYA, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung"

al-Maidah:35