" Janganlah berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan, tetapi sekali berjanji berusahalah bersungguh-sungguh menepatinya"

Isnin, 21 Mei 2012

Penulisan B


Latihan Penulisan B

Pilih perkataan yang paling sesuai dalam kurungan untuk melengkapkan karangan di bawah ini.

 Hobi saya


            Setiap (ahli/ anggota / orang) ada hobi.  Hobi saya ialah (membaca /menulis / mengulangkaji) buku.  Saya dapat banyak faedah (untuk/ dengan/pada) membaca. Saya membaca buku pada masa (senang/ tenang /lapang).
  
            Membaca (menambahkan/menyebabkan/mmemberikan) ilmu pengetahuan saya.  Saya selalu (membeli/mengambil/ meminjam) buku dari pusat sumber sekolah.  (Dia/Kamu/Saya) meminjam buku-buku seperti buku rujukan sejarah,cerita dan lain-lain.

             (Sifat/ Tabiat /Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya.  Saya dapat (mengajar /mempelajari /memperbaiki) istilah-istilah baru.  Amalan murni ini banyak membantu dalam (ajaran/ pengajaran/ pelajaran) saya. Saya dapat mengulang kaji pelajaran dengan (padat /singkat/ senang).

             Saya akan mengamalkan hobi ini untuk (seboleh-bolehnya/ selama-lamanya/ sesungguh-sungguhnya)


Salin semula latihan di atas dengan menggunakan pilihan jawapan sahaja.

Selasa, 8 Mei 2012

Latihan pemahaman

Latihan

Baca teks di bawah dan jawab soalan yang diberikan.


Sambutan Hari Kemerdekaan Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, tepat pada detik 12.00 tengah malam 1957, berlakulah penurunan bendera Union Jack. Setelah penurunan itu, bermulalah sebuah negara baharu yang berdaulat. 
            Hari Kebangsaan yang ke-50 telah disambut dalam suasana meriah dan berwarna-warni. Pelbagai lapisan masyarakat termasuk murid-murid sekolah akan mengambil bahagian bagi menjayakan acara-acara yang dianjurkan.                     
           Hari Kebangsaan disambut secara gilang-gemilang terutama di Kuala Lumpur. Negeri-negeri di Malaysia diminta mengadakan sambutan kemerdekaan ke-50 ini sepanjang tahun 2007. Sambutan ini juga diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.             
           Ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 bermakna negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu. Dalam tempoh setengah abad itu, negara mengalami berbagai-bagai perubahan dan kemajuan yang telah memartabatkan Malaysia pada mata dunia.


Pilih jawapan yang tepat berdasarkan petikan 

 1         Siapakah yang akan menjayakan perayaan Hari Kebangsaan?
A      Murid-murid sekolah
B     Segolongan masyarakat
C     Pegawai-pegawai kerajaan
D     Pelbagai lapisan masyarakat

 2         Apakah kesan sambutan itu kepada masyarakat?

A      Rakyat Malaysia terus bergembira
B      Masyarakat jaya dapat dibentuk
C      Menyemai semangat patriotisme yang tinggi
D      Rakyat Malaysia yang lupa

3          Setengah abad sama dengan

A      lima tahun
B      lima puluh tahun
C      lima ratus tahun
D      lima ribu tahun

4          Antara pencapaian oleh negara kita adalah seperti yang berikut
            kecuali

A      negara kita semakin maju
B      mengalami perubahan yang baik
C      kehidupan rakyat bertambah susah
D      kehidupan rakyat bertambah senang

5          Pada pendapat kamu, bagaimanakah masyarakat yang berada di rumah
            dapat menyaksikan perayaan Hari Kebangsaan?

A      Menonton siaran langsung televisyen
B      Melalui jendela rumah mereka
C      Mendengar siaran radio
                D      Membaca surat khabar 


             

Sabtu, 5 Mei 2012

Penulisan A


Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

1. Ali dan rakan-rakannya ______________________________
    ________________________________________________

2. Seorang penunggang motorsikal _______________________
    ________________________________________________

3. Ali dan rakan-rakannya ______________________________
    ________________________________________________

4.  Pak Cik Ramu _____________________________________
     ________________________________________________

5. Kaki Pak Cik Samad _________________________________
    _________________________________________________



Isnin, 30 April 2012

Penulisan A

latihan penulisan A:
Bina lima ayat berpandukan gambar di bawah.


1. Keluarga Encik Ali sedang berkelah ____________________
    _______________________________________________.

2.  Encik Ali sedang berehat di tepi _______________________
     _______________________________________________.

3.  Beberapa orang budak sedang ________________________
     _______________________________________________.

4.  Hasnul dan kawan-kawannya sedang ___________________
     _______________________________________________.

5.   Sebuah kapal layar yang berwarna-warni sedang __________
      ______________________________________________.


3P lengkapkan ayat-ayat di atas.


3P SKPR

sekitar kelas 3P










































Ahad, 29 April 2012

Penjodoh Bilangan


Sambungan : Belajar Penjodoh Bilangan. Senaraikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam cerita ini.





Ah...dia memakai sepasang kasut dan 
membawa sebuah beg. Jom! Kita
ikutnya ke sekolah.









Semasa berjalan ke sekolah, 
Si Botak ternampak seekor 
anjing yang menggonggong 
seketul tulang. 









Nakal Si Botak! Dia membaling 
anjing itu dengan seketul batu. 








Anjing mengejar Si Botak. Dia
memanjat sebatang tiang.











Sekawan anjing berkumpul 
dibawah tiang itu.










Seorang gurunya menghalau 
semua anjing itu.










Mereka berserempak dengan sekumpulan  
murid yang sedang berjalan 
ke sekolah.








3P teruskan pencarian penjodoh bilangan anda.

Jumaat, 27 April 2012

Khamis, 26 April 2012

Penjodoh Bilangan

Baca cerita di bawah dan kenal pasti penjodoh bilangan yang terdapat dalam cerita ini.





Botak menuang secawan kopi.












Dia minum seteguk kopi











Ibu menghidangkan sebuku roti, sebiji kek dan sesikat pisang sebagai sarapan. Si Botak memasukan sesudu gula ke dalam kopinya.








" Hmm... tak cukup manis,biar aku tambah seketul lagi gula" kata Botak dalam hatinya.





Botak makan  sepotong kek, sebiji pisang, dan sekeping roti yang disapu dengan kaya.











"Ah ... kopi dah habis tinggal setitik sahaja" rungut Botak.











Si Botak mencungkil sebatang giginya dengan sebatang pencungkil kayu





Botak memakai sepasang sarung kaki. "Eh... kenapa kelihatan hanya sebelah kasut sahaja di sebelah Botak?".






Senaraikan penjodah bilangan yang terdapat dalam cerita di atas.




Penulisan A

Latihan Penulisan A
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.




1. Sempena cuti persekolahan, Encik Samy dan __________________________
    ________________________________________________________________

2. Anak lelakinya sedang _____________________________________________
    ________________________________________________________________

3. Anak perempuannya sedang  _______________________________________
   ________________________________________________________________

4. Isteri Encik Samy pula sedang ______________________________________
    ________________________________________________________________

5. Encik Samy gemar menanam _______________________________________
    ________________________________________________________________




Rabu, 25 April 2012

Latihan penulisan


Lihat gambar-gambar ini dan cuba buat satu cerita pendek.






Kelas 3P cuba buat cerita kamu berpandukan gambar di atas. Sebarang masalah berkaitan boleh jumpa saya



Latihan kemahiran tanda bacaan - interaktif

kuiz tatabahasa - tanda bacaan

Ahad, 22 April 2012

Isu semasa

ISU KESIHATAN : 10 Pekerjaan Tinggi Depresi

 Stres dan depresi merupakan masalah umum yang hampir dialami oleh semua pekerja, baik yang bekerja di pejabat mahupun lapangan. Dr. Deborah Legge, kaunselor kesihatan mental di Buffalo, New York, Amerika Syarikat, menyatakan terdapat beberapa aspek yang menyumbang atau memburukkan stres dalam pekerjaan. Salah satunya jam kerja yang tidak menentu.Daripada banyak jenis pekerjaan, terdapat pekerjaan tertentu yang sangat rentan terhadap stres dan kemurungan. Berikut ini adalah senarainya. 1. Penjaga orang - orang tua dan anak kecil Punca : kerap bertemu orang sakit dan tidak mendapat sokongan positif daripada pesakit yang dirawat. 2. Pelayan restoran Punca : tidak dihargai dan cenderung berhadapan tingkah laku kasar daripada pelanggan. 3. Pekerja Sosial Punca : selalu berurusan dengan individu yang memerlukan pertolongan dan perhatian. 4. Pekerja sektor kesihatan( doktor, jururawat, ahli terapi dan profesion kesihatan lain) Punca : memiliki pekerjaan yang tidak teratur dan mempunyai tanggungjawab besar berkait dengan keselamatan nyawa orang lain. 5. Seniman, penghibur dan penulis Punca : cenderung mempunyai pendapatan yang tidak menentu dan jam kerja yang tidak pasti dan memiliki risiko lebih tingi untuk dijangkiti penyakit bipolar(gangguan mood secara mendadak). 6. Guru Punca : menerima tekanan daripada pelajar, ibu bapa dan sekolah (pentadbir)untuk memenuhi standard berbeza yang ingin dicapai. 7. Staf pentadbiran Punca : berada di barisan hadapan dan menerima arahan daripada segenap penjuru.Dalam masa yang sama mereka berada di bahagian bawah dalam urusan penguatkuasaan. 8. Penyelenggaraan Punca : harus bekerja pada waktu yang aneh(tidak menentu), jadual bervariasi dan sering bekerja syif malam. Mereka melakukan pekerjaan dalam kategori sukar tetapi sering kali mendapat upah yang sedikit. 9. Penasihat kewangan / akauntan Punca : memiliki tanggungjawab yang banyak berhubung pengaturan kewangan individu. Mudah rasa bersalah apabila klien kehilangan wang 10.Eksekutif jualan Punca : pendapatan tidak menentu kerana terpaksa bergantung kepada komisen yang diperoleh, tidak mengetahui tahap pendapatan pada bulan-bulan seterusnya dan cenderung melakukan perjalanan jauh sehingga terpaksa berjauhan daripada keluarga dan teman-teman. Sumber : Majalah iSihat, Mei 2012. http://abihulwa.blogspot.com/

Mari menonton

Tonton cerita di bawah dan fahami  ceritanya. Cuba jawab solan-soalan yang diberi selapas menonton cerita ini untuk menguji kefahaman kamu tentang cerita ini.


1.   Upin dan Ipin pergi ke mana?
2.   Apakah makanan yang ingin dibeli oleh Upin dan Ipin?
3.   Siapakah yang menjual ayam goreng dalam cerita ini?
4.   Ada berapa anak ayam dalam cerita ini?
5.   Beri sebab mengapa kita tidak boleh bersikap tamak.


Sabtu, 21 April 2012

Penulisan C


Tulis beberapa  nilai murni  yang boleh kamu peroleh daripada 
petikan di bawah.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
    
En.Badri  : Amen, sudah siapkan kerja sekolah? Ayah lihat Amen 
                  asyik melayari internet sahaja.
Amen      : Maafkan saya, ayah. Saya baru membuat separuh
                  daripada latihan yang diberikan oleh cikgu. Terima 
                  kasih kerana mengingatkan saya, ayah.
En.Badri I: Bilakah kamu hendak menyiapkannya? Esok hari Isnin.
                  Sambunglah kerja sekolah kamu itu dahulu.
Amen      :  Ayah, langit kelihatan mendung. Hari hendak hujan. 
                  Bolehkah saya mengangkat kasut sekolah yang saya 
                  jemur terlebih dahulu?
En.Badri  : Baiklah, Amen. Selepas itu, Amen siapkan latihan yang 
                  diberikan oleh cikgu.
Amen      : Ya, ayah. Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah
                  saya pada petang ini juga.
En.Badri  : Baguslah kalau begitu.




  Terdapat beberapa nilai murni atau pengajaran dalam petikan ini. 
Antaranya ialah  kita mestilah .........................................................

 ..........................................................................................................

Selain itu, kita mestilah....................................................................

..........................................................................................................

Di samping itu, kita perlulah ...........................................................

..........................................................................................................

Seterusnya, kita mestilah................................................................

..........................................................................................................

Selanjutnya, kita perlulah ...............................................................

..........................................................................................................

Akhir sekali, kita mestilah................................................................

..........................................................................................................


Nilai Murni:
1. Mengambil berat
2. Bertanggungjawab
3. Berterima kasih
4. Minta kebenaran
5, Menuaikan janji.


Khamis, 19 April 2012

Cerpen

MENITI PUNCAK
Oleh ; Muhammad Farhan Aiman Shahaimi


Kini, aku sedang berkampung di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Aku bersyukur kerana berpeluang belajar di kolej ternama ini. Walaupun aku rasa gembira, keperitan hidup pada zaman kanak-kanak dahulu masih terbayang.
          Dahulu, aku terpaksa bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk menolong ibuku membuat dan menjual kuih. Wang daripada hasil jualan kuih, ibu gunakan untuk membeli keperluan dapur. Jika ada baki, ibu akan mengagih-agihkan wang tersebut kepada kami berlapan untuk perbelanjaan sekolah. Jika tidak, aku terpaksa mengikat perut demi adik-adikku.
          Ayahku hanya buruh kasar. Dia bekerja di Selangor. Gajinya tidak seberapa. Ayah hanya akan pulang dua atau tiga kali sebulan.  Jadi, aku terpaksa mengambil alih sebahagian tugas bapaku untuk mencari rezeki. Ibuku pula terpaksa menguruskan keperluan rumah selain membesarkan kami. Walaupun tinggal di pondok usang, aku tidak pernah berasa hina dan kecewa. Sebaliknya, aku lebih bersemangat untuk mengubah senario kehidupan kami sekeluarga.
          Aku akan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Ayah dan ibu selalu menasihatiku. Kata mereka, kehidupan ini umpama suatu perjalanan: pasti ada rintangan yang menghalang. Namun usaha gigih serta keimanan yang teguh pasti membuahkan kejayaan. Kata-kata itulah yang menjadi obor dalam diriku selama ini.
          Rupa-rupanya, perjalanan dalam serba kepayahan ini telah membuahkan hasil. Aku telah berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A. lebih menggembirakan lagi, aku ditawarkan ke sekolah berasrama yang terkenal di Malaysia.
          Kejayaan ini turut membakar semangat adik-adikku serta murid-murid di sekolah lamaku untuk mencipta kejayaan. Aku yakin, jalan yang telah aku rintis untuk meniti puncak ini pasti bertambah cemerlang dan gemilang.

Selasa, 17 April 2012

Latihan Penulisan B


Isikan tempat kosong dengan perkataan  yang paling sesuai.dalam karangan di bawah.                                                          
     
   mengamalkan / Tahun / membantu /
 persediaan / bimbingan / awal / sedarjah / 
 ialah/ kejayaan / menduduki / berazam /
 jadual / membelikan/ menghadiri /
 mengulang kaji
 
 

 

 




 Persediaan menghadapi peperiksaan 
   Nama saya _________Harris.  Saya murid _______Enam Cempaka.  Pada bulan September ini, saya akan ________ Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

  Saya sedang membuat pelbagai __________untuk menghadapi ujian itu.  Pada ___________ tahun ini, saya telah menyediakan ____________ belajar.  Saya sedang _____________nya.

       Selain itu, saya juga ____________pelajaran bersama rakan____________.  Bapa saya telah ______________buku-buku  latihan tambahan untuk saya.Saya membuat latihan dengan _____________guru.Saya juga______________kelas tambahan.  Ini ___________saya dalam persediaan menghadapi peperiksaan ini.

       Saya ____________untuk mendapatkan 5A dalam UPSR.  Saya berharap usaha saya membawa ___________________.

TEKA SILANG KATA

Cuba lengkapkan teka silang kata berikut bagi menguji kemahiran bahasa bidalan anda.



Teka silang kata bidalan

Teka silang kata bidalan 2

Penulisan A

Tip untuk menulis penulisan A - membina  lima ayat.


Fahami gambar di bawah dan cuba bina lima ayat dengan menggunakan jadual yang diberikan.

3P salin jadual dan lengkapkan. Hantar kepada saya untuk semakan.

Isnin, 16 April 2012

Mari Uji Daya Ingatan

Daya ingatan yang kuat amat diperlukan untuk mengingati sesuatu peristiwa atau pembelajaran.
Latihan mengingat harus sentiasa dilakukan. Ujilah daya ingatan anda dengan 'klik'kan uji memori di bawah.



uji memori

Tekanan berpunca daripada kecelaruan, kelemahan jiwa
(‘Kembali’ kepada Tuhan ubati segala resah dalam hati ummah )

Oleh Syed Abi Ghufran al-Idrus Syed Ahmad al-Idrus
bhagama@bharian.com.my

TEKANAN fitrah kehidupan kerana selagi bernama manusia dan dalam kehidupan moden serba mencabar ini, tekanan menjadi sebahagian makanan serta pakaian kita. Suka atau tidak, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa perlu berdepan situasi boleh mencetuskan tekanan.

         Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi Sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155).

        Tekanan perasaan atau keluh kesah biasanya akan dialami oleh orang yang dalam dirinya ada sifat dengki, iri hati, cemburu, benci, berprasangka buruk pada orang lain, suka menjaga tepi kain orang, tidak pernah berasa puas dengan apa dimiliki.

        Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang sudah berlaku kepada orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

         Allah SWT mengingatkan, dalam kehidupan kita tidak akan sunyi daripada ujian dan kesusahan. Ia bukan saja dilalui kita bahkan oleh umat terdahulu. Segala bentuk ujian dan kesusahan itu akan membentuk tekanan kepada manusia.

         Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’ad, ayat 28)

        Tekanan kadang-kadang memberikan impak positif seperti membuatkan seseorang itu bekerja keras, membina daya kreativiti, lebih berkeyakinan diri atau membentuk peribadi mantap dan berdisiplin.

        Tetapi jika tekanan itu tidak dihadapi dengan baik atau berlebihan maka, ia akan memberi kesan buruk terhadap individu berkenaan hingga mungkin mengganggu emosi dan fizikalnya.

        Sejauh mana seseorang itu dapat menghadapi tekanan, itulah ganjaran pahala diperolehnya. Semakin besar tekanan dihadapi semakin besar nilai pahala di sisi Allah SWT. Iman juga akan bertambah serta berkurang dengan tekanan yang pergi dan datang.

         Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala dari apa yang mereka sudah kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

         Muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan sama ada membabitkan masalah kerja, kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara. Kita tidak dapat lari ujian Allah SWT maka caranya sekarang ialah belajar menghadapi dan menangani tekanan.

         Allah SWT sudah menamakan tujuh golongan yang terkecuali daripada mengalami penyakit keluh kesah, kesusahan jiwa dan tekanan iaitu mereka yang mengerjakan solat, bersedekah, meyakini hari pembalasan, menjaga faraj dan kehormatan diri, menjaga amanah dan janji, menjadi saksi yang adil dan jujur serta memelihara solat.

         Islam tidak melihat punca tekanan dikaitkan dengan tekanan mental semata-mata. Tekanan sebenarnya berpunca daripada kecelaruan, kelemahan hati, roh, nafsu dan akal. Kelemahan hati menyebabkan rapuhnya hubungan individu dengan Allah SWT sehingga dirasakan hidup menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar bagi setiap inci masalah.

         Islam menganjurkan beberapa cara untuk menangani tekanan antaranya tadabbur al-Quran, tafakur, banyakkan sedekah, taqarrub, berwuduk, bersangka baik terhadap Allah SWT, bijaksana dalam pengurusan masa dan tenaga, banyakkan berzikir, bersyukur, memberi kemaafan dan tawakal.

         Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57)

         Lantaran itu, tekanan memang fitrah bagi manusia. Setiap dugaan yang datang adalah ujian daripada Allah SWT bagi menaikkan darjat dan martabat seseorang di sisi-Nya. Hanya ‘kembali’ kepada Tuhan dapat mengubat segala gundah-gulana dalam hati manusia.

        Hati manusia adalah milik Allah SWT. Mohonlah kepada pemilik hati itu untuk mendapat kebahagiaan, ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang bijak menangani tekanan.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Mari Baca Cerita


Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Mari Baca Cerita


PEMOTONG KAYU YANG JUJUR
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi...   Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Ahad, 15 April 2012

Mari Belajar Peribahasa

peribahasa 1

peribahasa 2


Mahirkan peribahasa digunakan dalam latihan penulisan bahasa Melayu.

PERMAINAN BAHASA SEKOLAH RENDAH (klik di ayat sebelah)

Tajamkan bahasa dengan permainan bahasa.
Belajar sambil berseronok.

Sabtu, 14 April 2012



TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Topik : Pilih ayat yang betul.

BAF + Teknik Potong

·        B  :        1. Baca soalan dengan tenang 
                         dan  teliti, tanpa  
                         meninggalkan sebarang perkataan.
                             2. Baca soalan kali kedua.

·        A  :        1. Analisis Soalan.
2. Gunakan tanda kotak atau 
    garisan  pada  kata kunci 
    dalam soalan.
3. Potong jawapan yang jelas
    kesalahannya. Peratus  memilih 
    jawapan yang tepat lebih tinggi.
4. Potong  perkataan yang salah 
    penggunaannya  dalam ayat.

·        F  :        1. Fahamkan Soalan.
2. Pilih jawapan yang tepat, 
    bersesuaian  dengan gambar
    yang diberi (jika ada).
3. Jawapan yang tepat akan 
    menghasilkan  ayat yang 
    gramatis.
4. Menghitamkannya pada kertas 
    jawapan.




Kesalahan tatabahasa.
Pilih ayat yang betul

Contoh
            A         Ramai murid-murid sekolah itu datang 
                        lewat kerana hari hujan.
            B         Keadaan pasaraya itu di waktu petang
                        agak lengang.
            C         Sebatang tali air telah dibina di kawasan
                        sawah padi itu. √
            D         Setengah penduduk di kawasan itu telah
                        berpindah kerana banjir.


1.         A         Hanya mereka-mereka yang ingin berjaya 
                        sahaja yang akan berusaha keras.
            B         Najib didapati  tidak bersalah di dalam 
                       hal ini.
            C         Berpuluh pemandu kenderaan telah ditahan 
                        dalam sekatan jalan raya itu.
            D         Pekerja-pekerja itu sedang memperdalam
                        longkang yang tersumbat.


2.         A         Oleh kerana terlalu penat, Encik Hamid
                        tertidur di ruang tamu rumahnya.
            B         Rumah Nadia terletak kira-kira lima 
                        kilometer daripada rumah datuknya.
            C         Sebahagian daripada wang kutipan itu akan 
                       didermakan kepada anak yatim.
            D         Sayur-sayur di dalam bakul itu segar-segar 
                        belaka.


3.         A         Para-para jemputan itu sedang makan 
                        di dalam dewan.
            B         Kek yang dimasak oleh Mak Minah 
                       sungguh enak rasanya.
            C         Siti memperoleh markah yang paling 
                       tertinggi dalam ujian itu.
            D         Ramai kanak-kanak di taman asuhan 
                        itu bijak berbahasa Inggeris.


4.         A         Berbagai makanan dijual di pasar malam itu.
            B         Para pekerja itu sedang memperindahkan 
                       kawasan taman dengan pokok bunga.
            C         Mira tidak terbuat akan latihan Matematik 
                       yang banyak itu.
            D         Telefonlah saya bila kamu sampai di Ipoh 
                        nanti.


5.         A         Farid berkaki ayam semasa bermain bola sepak 
                       di padang.
            B         Kita hendaklah saling bantu-membantu apabila
                        melakukan kerja.
            C         Setengah perempuan suka bersalin di hospital 
                        swasta.
            D         Pertandingan nyanyian itu mendapat sambutan 
                        hangat dari orang ramai.

1                    D
2                    C
3                    B
4                    C
5                    A